Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Thursday 21 February 2013

PEREMPUAN =)

ASSALAMUALAIKUM,,,

Hari ini nak share something, ade jumpa artikel masa bace cerita kat facebook, harap dapat ambil pengajaran,,, 

Pada suatu hari, seorang lelaki Inggeris datang menemui seorang syeikh, dia ingin bertanyakan mengenai perempuan islam, begini ceritanya...

Lelaki Inggeris bertanya: "Kenapa dalam Islam wanita tidak boleh jabat tangan dengan Lelaki?"

Syeikh menjawab: "dapatkah kamu berjabat tangan dengan ratu Elizabeth?

Lelaki Inggris menjawab: "Oh tentu tidak boleh! Cuma orang-orang tertentu saja yang dapat berjabat tangan dengan ratu."

Syeikh tersenyum & berkata: “Wanita-wanita kami (Kaum muslimin) adalah para ratu, & ratu tidak boleh berjabat tangan dengan Lelaki sembarangan (yang bukan mahramnya).”

Lalu si Inggris bertanya lagi, "Kenapa perempuan Islam menutupi tubuh dan rambut mereka?"

Syeikh tersenyum dan punya 2 coklat, ia membuka yang pertama terus yang satu lagi tertutup. Dia melemparkan keduanya ke lantai yang kotor.

Syeikh bertanya: “Jika saya meminta Anda untuk mengambil satu coklat, mana yang Anda pilih?"

Si Inggris menjawab: "Yang tertutup...”

Syeikh berkata: “Itulah cara kami memperlakukan dan melihat perempuan kami.”



haa, dapat kan pengajaran di situ,, Islam amat mementingkan kaum hawa, memelihara dan menjaganya dengan baik,, lagipun,,,


"WANITA IBARAT BUKU, BUKU AKAN MENJADI CANTIK KALAU ADE 'COVER', WANITA JUGA AKAN MENJADI CANTIK KALAU ADA COVER (TUDUNG)"

betul kan??? lelaki pon selaunya suka wanita yang tak bertudung hanya untuk bersuka- suka sahaja,, tapi bila nak cari calon isteri mesti cari yang baik akhlaknya, tutup aurat dengan sempurna,, kerana setiap orang mesti mahukan yang terbaik kan,, kan cantik kalau macam ni,, =)



AYUH!! APA LAGI KAUM WANITA, PELIHARALAH DIRIMU, AURATMU, MARUAHMU UNTUK KEBAHAGIAAN HIDUPMU JUA!! 

SALAM MUHASABAH!! ,,  ^_____^


WASSALAM.... =)